My view

Memandu

Posted by: axis706 on: 28 Oktober 2009 @ 17:55

tadi, aku lawat-lawat blog member sekelas dulu-dulu. ada ujian tahap pemanduan

dan… keputusan aku:
How dangerous of a driver are you?

Created by The Car Connection

ada bahaya ke cara aku memandu???

p/s : tiap-tiap hari memandu…

Berita

Posted by: axis706 on: 27 Oktober 2009 @ 09:45

pagi ni, kecoh2 di ofis apabila akhbar hari ini dibaca.

“Empat termasuk bayi maut kemalangan” - Kosmo

“Bayi antara empat maut dua kereta bertembung” - Berita Harian

“Bayi antara empat maut kemalangan” - Utusan Malaysia.

bagi aku, bila dipaparkan gambar kemalangan tersebut, aku teringat semula kejutan besar aku. begitulah rupa kereta kancil selepas menerima impak besar yang mengejut.

kes semalam:

kes aku:

bezanya, kes semalam, si kancil menjadi mangsa. kes aku pula, si kancil menjadi pemangsa.
persamaannya, semua di dalam kancil kembali ke pangkuan Ilahi…

Al-Fatihah…

p/s : fobia tak fobia, kene memandu jugak…

Bangunan

Posted by: axis706 on: 26 Oktober 2009 @ 09:56

BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.

Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

“Apa lagi cacat dan cela kota ini?” tanya raja.

“Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati.” Jawab orang itu. Tanya raja, “Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?”

“Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati.” Jawab mereka.

“Segera katakan apakah itu.” Desak raja.

“Syurga dan Allah pemiliknya,” jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

p/s: tiada makhluk yang kekal selamanya…

Lepas raya

Posted by: axis706 on: 9 Oktober 2009 @ 17:36

hari ni dah 20 syawal. sekejap aje masa berlalu (maknanya lama aku tak kemaskini sini).

pelbagai jamuan raya : sudah
pelbagai jemputan rumah terbuka : sudah (berlalu. banyak tak sempat pergi)
berjalan raya : banyak tak terjalan
mula bekerja semula : sudahh…

dan, kepala aku hari ni pening-pening memikirkan hal kerja. banyak kerja yang terbengkalai atau sukar diselesaikan lantaran pelbagai ragam makhluk bergelar manusia dan juga kecanggihan teknologi masa kini yang akhirnya menyusahkan kita semula (yang kene kerjakan benda-benda tersebut). manusia juga, seperti biasa, hanya tahu mengomel tanpa ambil tahu susah payah orang yang memastikan semuanya berjalan lancar (ape aku mengarut ni… takpe, rujuk lagu raya pada tajuk ‘Raya’).

kepenatan… bagaimana mahu pergi lebih jauh?

p/s : tak lama dah… (mudah-mudahan)

Raya 2

Posted by: axis706 on: 17 September 2009 @ 16:58

hari ni hari terakhir kerja sebelum raya. semua rakan sepejabat aku dah masuk mod raya. ada yang dari hari isnin dah cuti, ada yang balik awal dan lain-lain. salah seorang rakan sepejabat aku cuti awal2 sebab nak uruskan pendaftaran perkahwinan dia. teringat pula raya tahun lepas. pada ketika itu, moood aku lebih kepada dah dekat hari ijabkabul. tahun ni, mood aku lebih kepada persediaan nak jadi bapa pula. jadi, aku selitkan gambar mood raya aku tahun lepas. hehe…

19102008941

 

 

 

 

 

 

 
gambar masa majlis kat rumah johor

jadi, di kesempatan ini, aku ingin susun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap kepada sesiapa yang mengenali diri ini…

wassalam…

p/s: esok balik kampung. :)

 

November 2009
A I S R K J S
« Okt    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Laman

Blog Stats

  • 2,031 hits

Arkib