Derma darah

sebut betul2… d e r m a   d a r a h… bukan macam ex-menteri kerja raya sebut… derma ……….??? (korang sambungla sendirik)

Menderma tanggungjawab kita bersama

Apakah usaha dan peranan anda ?
Apakah yang anda perlu tahu ?

Kepentingan menderma darah

Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :

- Mangsa kemalangan
– Pesakit yang menjalani pembedahan
– Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
– Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
– Ibu yang mengalami tumpahan darah

Anda layak menderma sekiranya

- Berumur 18 tahun ke atas (budak2 sekolah xyah…)
– Berat badan 45 kg dan ke atas
– Sihat tubuh badan
– Sihat pada hari menderma
– Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
– Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
– Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
– Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
– Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
– Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
– Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
– Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
– Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
– Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengidapi Hepititis B atau C

PENTING !!!

Anda DILARANG menderma darah sekiranya :

Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :

- Menggunakan dadah secara suntikan
– Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
– Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
– Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
– Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
(senang kata, orang yang berasa dirinya berkaitan dengan dadah, HIV & seks bebas, jangan ngada2 nak derma)

Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :

1. Menghidapi penyakit-penyakit seperti :

- Sifilis
– Malaria
– Sakit jantung

2. Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit

3. Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah

4. Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak

5. Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja (ngada2)

Ketahuilah jangan letakkan diri anda dan orang lain di dalam keadaan bahaya

Darah selamat bermula dari anda

Jika anda layak menderma, datanglah dan bawalah bersama ahli keluarga/ kawan-kawan anda yang juga layak menderma darah (jom!!!)

Menderma darah adalah tanggungjawab bersama

Proses menderma darah

1. Pergi ke Tabung Darah (atau mana2 tempat kempen derma darah. yang akan periksa dan ambik darah tu orang dari PDN jugak)
2. Isi borang (kalo kat tempat kempen, ajk penganjur yang tolong isikan)
3. Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
4. Ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
5. Pengambilan darah (rilek… xde ape2 yang berlaku…)
6. Rehat & jamuan ringan (nyam nyam nyam)

Apakah alasan anda tidak menderma darah ?

1. Saya telah pun menderma darah sekali

Terima kasih atas sumbangan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan

2. Darah saya bukan jenis yang betul (ye ke?)

Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian (baik…)

3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ? (???)

Benar, kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira mustahak (jangan berkira sangat)

4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum

Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun

(takut kat jarum tu? jangan tangok masa misi tengah cucuk jarum tu…)

5. Saya terlalu lemah

Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja

6. Saya terlalu sibuk (poyo)

Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih untuk menyelamatkan satu nyawa (sume orang ada 24 jam sehari…)

Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda

Keistimewaan yang dinikmati oleh si penderma

Si penderma darah akan dapat menikmati rawatan percuma pesakit luar, rawatan perubatan dan caj wad di hospital tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila berhubung dengan pihak hospital untuk keterangan lanjut.

Jadik,
mendermalah sekarang sementara anda masih sihat dan berkelayakan.
tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan nyawa anda sendirik! :-D

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s