Malam tadi, aku pergi ke kedai fotostat berhampiran rumah aku. Kedai ini memang selalu mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang memerlukan perkhidmatan fotostat, gambar dan binding.
Pelanggan memang agak ramai. Pekerja yang tinggal hanya dua orang dan mereka tak menang tangan hendak melayan pelanggan. Aku pula mahu membinding dokumen sekolah isteri aku. Memandangkan dokumen tersebut masih berdawai kokot (haa… ape itu dawai kokot?), aku membuangnya dengan menggunakan kemudahan yang terdapat kedai tersebut untuk memudahkan kerja binding oleh pekedai itu nanti.
Dengan tak semena-mena, seorang pakcik tanya aku:
Pakcik : Fotostat kaler ada tak?
Aku : Maaf cik. Dia tokey. Cuba tanya dia.
Rupanya, aksi aku membuang dawai kokot itu tadi telah disalah anggap oleh pakcik tersebut. Dia ingatkan aku pekedai juga.
Err…, aku ni ada rupa seorang pekedai ke?
p/s : bagus jugak jika dapat berniaga kan?