Hari Pekerja

Sempena dapat cuti lebih pada hari Isnin, aku meluangkan masa kembali ke kampung halaman untuk berjumpa orang tua sebelum aku tidak pulang lagi untuk tempoh yang agak lama. Seperti biasa, apabila pulang ke kampung, aku gemar membeli sate di kedai pakcikĀ  sate yang aku memang dah biasa pergi. Dulu, pakcik sate ini berniaga sate dari jalan ke jalan dengan motosikal dan tong satenya. Alhamdulillah, kini beliau sudah mampu berniaga satenya di kedai yang lebih terurus dan disertai menu-menu sampingan lain.

Nak dijadikan cerita, aku ke kedainya petang semalam. Kini, cucu beliau yang telah ditugaskan untuk ‘mengipas’ sate. Aku membuat pesanan dengan cucunya itu. Bab sate, ok. Tiada masalah. Lepas tu, aku nak pesan sup ayam (untuk buat kuah anak aku makan nasi).

Aku : Sup ayam ada?

Pengipas sate : Takde.

Aku jeling menu…

…(menu lain)…. Soto Ayam …(menu lain)…….(menu lain)….

Aku : Soto ayam ada?

Pengipas sate : Ada ada.

Aku : (aduss…) Oklah. Soto ayam satu.

Selepas pesanan siap, aku pun pulang. Asalkan anak aku ada kuah nak dimakan bersama nasi pun jadi la…

p/s : bukan ke kuah soto dengan kuah sup sama aje?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s