Hantaran

pasti tadi ramai yang menyaksikan cerekarama tadi. agak menarik isu yang dipaparkan di mana ia memaparkan situasi seorang bakal pengantin yang terpaksa bertungkus lumus mencari wang hantaran yang diperlukan sehingga berlaku pelbagai insiden (yang direka di dalam drama berkenaan).

apapun,  contoh drama tadi jelas menunjukkan betapa masih ada (mungkin ramai) ibu bapa yang sanggup meletakkan hantaran yang tinggi atas sebab-sebab yang hanya mereka sendiri ketahui. maka, berhempas pulaslah si calon suami mencari wang tidak kira dengan apa cara sekalipun.

jelas, impak buruk telah ditunjukkan. selain menyusahkan calon suami untuk mengumpul wang yang diperlukan, ia juga akan menyebabkan calon isteri menunggu terlalu lama. dalam konteks masyarakat kita, percayalah, pasti ada yang sanggup berhutang dengan institusi kewangan malah ‘agensi’ ah long untuk mendapatkan wang dalam tempoh masa singkat semata-mata untuk memenuhi permintaan orang yang berfikiran singkat itu.

jadi, bagaimana hendak membina keluarga yang bahagia daripada perkahwinan itu jika dibelenggu permasalahan berkaitan hutang selepas berkahwin (dan mungkin sehingga anak sudah bersekolah pun hutang masih belum dapat dilangsaikan). maka, segala permasalahan pun mula tercetus… akhirnya, matlamat asal perkahwinan itu tidak tercapai.

apa yang penting, perkara yang mudah semestinya dimudahkan. orang kita pula sebaliknya di mana (pada pemerhatian umum aku) orang kita suka menyukarkan sesuatu yang mudah (dalam bab urusan perkahwinan ini). Islam sendiri sudah mudah dan memudahkan. jadi, apa pula hak kita untuk menyukarkan perkara yang sudah sedia mudah???

kesimpulannya, perkara yang baik dan mulia hendaklah dimudahkan, bukan disukarkan. nescaya jika ini dimudahkan, akan mudah jugalah urusan kehidupan kita di sini dan di sana. yang terpenting, (aku percaya) secara tidak langsung permasalahan sosial di negara kita ini dapat dibendung.

apapun, semestinya hidup kita adalah untuk beribadah kepada Tuhan Yang Esa.

p/s : pandangan peribadi di tengah malam.