Sentuhan kecundang

member aku sorg ni, xabis2 membuat nukilan best… tajuknye…

hajat tak sampai..aku yg kesedihan

hajat dihati nak rampas
kelantan..namun negeri2 ku dirampas
org..apa kan daya..kita terlalu yakin
dgn kebolehan kita..namun kita lupa
Allah jua penentu..tertarik dgn kata2
pak lah sebelum hari undi..rakyat tak
mudah ditipu..ye rakyat dah buktikan
yg rakyat tak mudah ditipu..

(kredit to adib)

nampaknye, kali ni berlaku tsunami politik seperti yang diuar-uarkan. untuk pertama kalinye, kerajaan Barisan Nasional gagal mendapat majoriti 2/3 dalam parlimen sejak 1969.  4 negeri dapat kerajaan baru. negeri2 lain still mengekalkan kerajaan semasa. (aku xsuke pakai term kerajaan vs pembangkang). peralihan kuasa di Kedah & Pulau Pinang berjalan lancar. walaubagaimanapun, di Perak, berlaku percakaran di kalangan pakatan Barisan Alternatif dalam membentuk kerajaan negeri yang baru. Pihak DAP mahukan wakil mereka menjadi MB kerana mereka mempunyai paling banyak kerusi dalam pakatan tersebut. walaubagaimanapun, perlembagaan negeri Perak mengkehendaki jawatan tertinggi negeri tersebut dipegang orang melayu islam.

di selangor pula, pada awalannya, proses membentuk kerajaan baru berjalan lancar. tapi, mula ada kekusutan di mana Sultan Selangor mahu wakil pakatan BA yang lain mengadap baginda. PKR telah berbuat demikian.

pada ramalan aku, BN mungkin boleh dapat balik Perak. bagi Selangor, Pulau Pinang & Kedah, tunggu prestasi kerajaan baru. pada pandangan aku pun, rakyat sudah agak bosan dengan suara mereka yang kurang didengari kerajaan penggal yang lalu. jadi, dengan kuasa yang ada pada 8 mac lalu, rakyat telah swing kepada kerajaan yang baru. sekurang2nya, lebih baik mencuba daripada duduk berdiam diri. lebih baik mengambil risiko daripada suara langsung tidak didengari orang yang dulu…

untuk peringkat parlimen, kerajaan semasa masih dapat membentuk kembali kerajaan. tapi nanti meriah ler… 140 vs 82 tu… berbanding 200 vs 19 je (kalo salah tolong betulkan). sekurang2nye, banyak suara2 yang boleh menegur kerajaan semasa kalo ada silap ape2 atau ada ketidakwajaran keputusan diambil kerajaan semasa peringkat persekutuan. tu la fungsi pembangkang (parlimen) yang sepatutnye… kepada Barisan Nasional, jadilah pembangkang yang berhemah di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang (Perak dengan Selangor aku xnak sebut lagi sebab xde MB lagi). saling tegur menegur sebab nobody perfect.

jadi, pesanan aku yg xseberapa kepada semua YB yang menang (xkire bendera), jalankan tanggungjawab anda kepada rakyat. kepada yang xbernasib baik, berikan kerjasama kepada yang menang. jangan ada dendam, jangan ada gaduh. bak lirik lagu sebuah kumpulan yg dikenali sekitar taun 2000 dulu:

buat ape gaduh2 sama kita
Malaysia kita ini kecik aje
kalau semua gaduh sape nak jaga…

(by kumpulan Aboi)

serba sedikit suasana pusat mengundi kat kampung aku (terletak dalam kawasan parlimen Sembrong, DUN Kahang)

08032008028.jpg
suasana orang nak masuk ke kawasan sekolah yg menjadi pusat pengundian

08032008032.jpg
aku dah siap mengundi. tgh tunggu mak aku sambil dok perati org yang datang

-end-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s