Split Unit

petang tadi, pada satu perjumpaan bersama ahli2 kumpulan tempat aku bekerja, bos aku buat pengumuman:

Tuan pengarah telah mengarahkan untuk kumpulan kita dibahagi 2. Lepas ni, terus guna nama baru kumpulan iaitu kumpulan D1 atau D2. Saya akan ambik kumpulan D1. D2 takde bos lagi…

Sume macam terkejut… (gembira sebenarnya…). pemberitahuan berkenaan sapa yang duk dalam kump D1 atau D2, bos tak bagitau lagi… bos pun kelam kabut, maka dia pun masuk meeting…

ofis yang pada mulanya tertekan tetiba jadik kecoh. pak lah (bukan nama sebenar) mengusulkan untuk seluruh ahli kumpulan buat senarai ramalan sapa yang akan stay dengan bos sekarang dan sape pulak yang akan ke group baru. seluruh ofis menjadi riuh seketika dengan masing2 sibuk dengan sehelai pen dan kertas untuk menulis senarai tersebut (walaupun jelas kelihatan bos sedang meeting dalam bilik mesyuarat xjauh dari tempat kitaorang). situasi yang pada asalnya tegang disebabkan sedikit isu dalaman telah bertukar ceria dan suasana tak ubah seperti pasar tani…

semua senarai dipegang oleh ‘urusetia’ iaitu En. Z (bukan nama sebenar). pak lah mengumumkan sapa yang dapat teka betul senarai tu akan dapat hadiah spesel iaitu barangan hiasan pejabat dari kedai RM2. senarai tersebut akan disemak setelah senarai muktamad diumumkan oleh bos.hadiah akan disampaikan pada majlis perpisahan yang mungkin telah dirancang.

MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s