Di Mana Melayu?

Dimana boleh cari ramai melayu?
Pastinya di Kelantan dan Terengganu,
Juga di pasar malam dan pasar minggu,
Di Akademi Fantasia dan Pesta lagu.
 
Dimana boleh cari ramai melayu?
Di Jom Heboh orang melayu berpusu pusu,
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan dulu di Pudu,
Di jalan, lumba haram dan rempit tak berlampu.
 
Dimana boleh cari ramai melayu?
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu,
Malam kemerdekaan dan malam tahun baru,
Terkinja kinja menari macam hantu.
 
Apa hobi orang melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu,
Lepak, buang masa tak jemu jemu,
Juga baca majalah atau Metro cerita hantu,
Tengok Telenovela dari Filipina dan Peru.
 
Dimana boleh cari orang melayu?
Berpusu pusu pergi pawagam tengok cerita hantu,
Sambil makan jajan dan maruku,
Suasana gelap tak berlampu.
 
Apa kesukaan orang melayu?
Sibuk bercerita Datuk K dapat bini baru,
Juga Erra Fazirra yang patah kuku,
Cerita cerita panas yang dah tak laku.
 
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu,
Asal bergaya hidup tak menentu,
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?
Di perpustakaan atau majlis ilmu?
Atau di kelas kemahiran hujung minggu?
 
Ada tapi kurang sangat mereka disitu,
Kenapa melayu jadi begitu?
Nak salahkan bapa atau guru?
Pemimpin Negara atau raja dulu dulu?
 
Ayat lazim, melayu malas selalu,
Nak harapkan kerajaan saja membantu,
Terutama kontraktor kelas satu.
Tak habis habis gaduh nak jatuh siapa dulu.
Pasal jambatan senget atau siapa penghulu,
Suka sangat budaya ampu mengampu,
Sampai bila kita nak tunggu?
Bangsa melayu jadi bangsa maju.
 
BOLEH!!! Dengan beberapa syarat tertentu,
Pertama, dengan menguasai ilmu,
Kata nabi, ikutlah sunnahku,
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu,
Tapi apa yang kita tahu,
Cuma baca bila nak halau hantu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s