1000 bulan

Persediaan untuk Menyambut Lailatul Qadar

1) Bersedia dari sudut perasaan

– menanamkan rasa gembira dan senang hati menantikan tibanya Lailatul Qadar

– menzahirkan semangat yang berkobar2

– menetapkan sasaran untuk mendapatkan malam al-Qadar

– mensucikan hati dari sifat2 mazmumah 

2) Mengulangkaji ilmu2 berkaitan Lailatul Qadar

– mengenal sifat malam al-Qadar iaitu:-

# berlaku pada malam2 ganjil sepuluh malam terakhir Ramadhan

# malam yang sangat tenang, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk

# 70ribu malaikat diketuai oleh Jibril Alaihi Salam turun ke bumi dan masuk ke dalam rumah org2 yang beribadat kepada Allah s.w.t

# Malaikat Jibril akan memberi salam dan dan menyentuh orang2 yang sedang beribadat.

# tanda2 org yang menerima sentuhan jibril adalah apabila badannya tiba2 menggeletar, merasa tenang dan perasaan syahdu serta air matanya mengalir tanpa disedari

# matahari terbit keesokan harinya tidak begitu terik (kerana dilindungi oleh sayap para Malaikat)

# tempoh masa lailatul qadar adalah bermula dari waktu Maghrib sehingga Subuh 

3) Menguatkan azam untuk melakukan yang terbaik

– meninggalkan segala urusan dunia yang tidak penting (menonton tv, berbual2, membeli belah, mmbuat kuih raya, tidur berlebihan, makan berlebihan dll)

– memulakan usaha untuk mendapatkan lailatul qadar dari awal Ramadhan dan bukan hanya tertumpu pada malam2 terakhir

– berusaha menghidupkan malam2 ramadhan secara istiqamah dan ikhlas kerana ALLAH Taala 

4) Menghapuskan adat kebiasaan yang bercanggah

– sebagai contoh memasang pelita sekeliling rumah dengan niat untuk menarik perhatian para malaikat, berdoa untuk melihat malaikat dll 

5) Memperbanyakkan amalan dan doa

-Amalan yang boleh dilakukan adalah seperti:

# bermula dengan solat Maghrib berjemaah

# solat sunat

# berzikir, bertasbih, bertakbir dan bertahmid

# menunaikan solat isya’ berjemaah

# menunaikan solat sunat tarawih berjemaah

# memperbanyakkan membaca ayat2 suci al-Quran dan berniat sedekah kepada yang sudah meninggal dunia

# tidur dengan niat untuk bangun di sepertiga malam

# membangunkan ahli keluarga untuk sama2 beribadat

# beriktikaf di masjid (di rumah bg wanita)

# menunaikan solat2 sunat

# solat taubat

# solat tahajjud

# solat hajat

# solat witir

# meperbanyakkan istighfar memohon keampunan

# membaca doa “Allahumma innaka afuwwun kariim, tuhibbul afwa, fa’fu anni”

# meperbanyakkan doa kepada diri sendiri, keluarga, sahabat handai, org2 islam dan orang2 mukmin serta kepada yang telah meninggal dunia 

dan bertawakakkal kepada Allah supaya kita semua terpilih menjadi tetamuNya pada malam Al-Qadar yang mulia.. 

amiinn..

sumber: bulletin dalam friendster aku yang disediakan oleh akhwat yang hadir di kuliah jumaat Ustzah Siti Nor Bahiyah di Surau Blok F, Ibu pejabat JKR (Jumaat, 19 September 2008).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s