Solat Jumaat

tadi aku agak terlewat daripada waktu biasa aku keluar untuk menunaikan solat jumaat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. perut pun lapar, jadi aku dan kawan aku pergi makan dahulu di tempat yang biasa kami makan berhampiran masjid yang terletak di sebuat institusi pengajian tinggi milik syarikat utiliti ulung negara.

baru beberapa suap aku makan, azan berkemandang. di sini mula timbul isu dalam kepala aku. aku duk jeling2 orang di sekeliling. baik lelaki atau pompuan, kebanyakannya masih rancak bersembang tatkala azan dilaungkan. ok, takpe… hal masing2 la korang. masuk azan kedua, suasana masih sama. aku hanya siap makan lepas azan kedua tamat. aku jeling2 keliling lagi… masih rancak bersembang orang-orang yang masih ada di situ. siap ada yang menyanyi lagi ketika khutbah hendak dimulakan. peniaga-peniaga pula masih rancak berniaga.

aku bergegas ke masjid itu untuk melaksanakan kewajipan fardhu…

apa isu yang aku nak bangkitkan di sini?

fenomena orang kita zaman sekarang… di mana perkara asas dalam agama pun dah ambil ringan aje…

– diam (dan jawab) ketika azan dilaungkan

– diam ketika khatib sedang berkhutbah

– tinggalkan semua urusan dan pergi ke masjid setelah dengar seruan Jumaat

kalo ada yang silap, tolong betulkan.

pesanan buat kita semua.

wassalam…….

2 responses to “Solat Jumaat

  1. Inilah dunia akhir zaman. Walaupun masjid itu dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas orang masih suka bersembang di bawah pokok di kedai kopi atau berada di laman-laman masjid di atas motosikal memulakan khutbah sendiri. Walaupun syarat sah Jumaat ialah mesti mendengar bacaan khutbah tetapi golongan ini lebih senang mendengar khutbah sambil menghirup air dan menyedut rokok. Mereka ini rela pahala iktikaf yang sepatutnya bonus dari Allah dibiarkan berlalu sahaja…Manusia oh manusia. Tetapi kadang-kadang di sesetengah tempat makmum lambat masuk masjid kerana tidak sebulu dengan imam masjid berkenaan terutama masjid yang dikuasai oleh parti pembangkang. Walaupun mimbar masjid merupakan satu tempat paling suci di dalam rumah Allah, tetapi imam telah memutar-belitkan isu untuk membuat dan menabur fitnah dari pelbagai sudut. Mungkin imam semacam ini menjadikan makmum meluat, jadi mereka lebih senang mendengar khutbah dari luar sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s