buka puasa

hari ni dah masuk hari ke-7 kita umat Islam menunaikan ibadah puasa. suasana di pejabat aku sunyi walaupun semua datang bekerja. mungkin sebab bulan puasa maka kurang gosip atau mengumpat? wallahua’lam…

tadi, seperti biasa, aku pergi menunaikan solat jumaat di masjid sebuah universiti milik syarikat utiliti negara. suasana amat berbeza sekali berbanding bulan-bulan biasa. suasana agak sepi. rahmat bulan Ramadhan…

masjid itu juga menganjurkan kuliah sebelum zuhur. teringat antara isi penting kuliah tersebut.
“sebaik azan maghrib berkumandang, makan 3 biji kurma dan air kosong. lepas tu terus tunaikan solat maghrib. kan cantik tu…”, itulah antara kata yang terpacul dari penceramah itu.

benar kata beliau. permulaan berbuka dengan juadah sedemikian adalah untuk memastikan perut kita tidak terkejut untuk menerima makanan. ditambah pula dengan solat, ia dapat memastikan sistem pencernaan kita bersedia untuk kembali bekerja mencerna makanan yang lebih berat sesudah solat sekaligus membolehkan perut bekerja dengan efektif dan kita akan berasa lebih ringan untuk menyambung ibadah yang seterusnya.

wassalam…

p/s: selalu lambat beli juadah berbuka kat bazar dekat2 dengan rumah. hari ni lambat lagi kut…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s