Raya

Penyanyi : Jalil Hamid
Tajuk : Raya

Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pula kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalan raya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

Kalau banyak jalan raya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang Malaysia
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balai raya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya
Selamatlah beraya
_______________________

hari ni hari kedua terakhir aku bekerja sebelum raya. pejabat dah mula lengang sedikit. esok? mungkin lebih lengang. bos aku jugak keje sampai hari jumaat…

p/s: masa kecik2 dulu aku suka dengar lagu nih. sekarang, aku bekerja di jabatan yang disebut dalam lagu ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s