Berakhirnya satu dekad?

semua tahu tengah malam ni akan masuk tahun baru. jika menjelang tahun 2000 dahulu, orang kita sibuk menyambutnya walaupun pada ketika itu di dalam bulan mulia umat Islam.

cuma, aku sangat ingin tahu, berapa ramai tahu tahun Hijrah dah masuk tahun berapa?

sambutan tahun baru ini pula, bukan calang-calang. dengan pelbagai hiburan yang ditaja dan pelbagai aktiviti sambutan yang lain, maka ramailah yang berpusu-pusu turun ke ibu kota termasuk yang membawa keluarga dan tak ketinggalan yang membawa rakan dan teman.

ketika sambutan malam 25 disember tempoh hari, aku sendiri membuat tinjauan di beberapa jalan di ibu kota dan suasananya amat kelam kabut. kereta aku sendiri disembur dengan semburan ala bebuih tersebut. itu baru segelintir sahaja yang menyambut sudah cukup untuk menyesakkan jalan raya di ibu kota dan menghiruk-pikukkan suasana hingga tidak tekawal.

jadi, jika malam ini bagaimana? aku jangka, pasti lebih riuh rendah dan pelbagai peristiwa akan berlaku. termasuklah yang hiburannya dan macam-macam lagi. apatah pula kali ini pelbagai kaum dan etnik senegara dan juga warga yang mencari sesuap rezeki di sini pasti tidak melepaskan peluang untuk menyambut…

jadi, apakah implikasi sambutan malam ini? aku lebih suka untuk para pembaca nilaikan sendiri apa yang berlaku malam ni nanti. aku pun tak mahu komen di sini.. orang kita kan sensitif… (katanya…)

lebih baik aku duduk berehat di rumah sambil meluangkan masa dengan keluarga. bukankah itu lebih berharga???

p/s: dah masuk 15 Muharam 1431H dah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s