Hutang

Selepas beberapa kali berulang alik ke ibu pejabat sebuah syarikat insurans dan bank di ibu negara, urusan berkaitan tuntutan insurans dan hutang kereta aku yang ‘terkejut besar’ tahun lalu telah dibereskan. Memang hutang ini satu bebanan akan tetapi dalam zaman ini, kita tidak dapat membeli sesuatu barang yang kita rasakan sangat perlu dek harganya yang tidak mampu dibayar secara tunai oleh golongan biasa seperti aku. Seperti kita sedia maklum, sistem bank konvensional di negara kita akan mengenakan ‘kos pentadbiran’ berdasarkan jumlah pinjaman dan ianya telah dikira sekali ketika hendak merumuskan jumlah bayaran bulanan yang perlu dijelaskan. Walaubagaimanapun, ‘kos pentadbiran’ ini tidak akan dikenakan jika pembayaran penuh secara sekaligus dilakukan.

Di sini juga, aku ingin kaitkan isu ‘kos pentadbiran’ ini dengan sebuah perbadanan yang menawarkan ‘bantuan’ kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT. Memang kita pun maklum akan yuran pengajian yang tidak semua golongan mampu menjelaskannya dengan simpanan sendiri setiap bulan. Aku sendiri pun sangat berterima kasih dengan perbadanan ini kerana besar jasanya dalam membantu warga kita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Seperti yang aku bangkitkan tadi, perbadanan ini mengenakan ‘kos pentadbiran’ berdasarkan baki berkurang terhadap peminjamnya.

Setiap pinjaman perlu dipulangkan. Memang badan ini boleh menerima penangguhan bayaran balik dan rayuan yang berkaitan. Akan tetapi, di sebalik penerimaan tersebut, peminjam terus dikenakan ‘kos pentadbiran’ berdasarkan baki pinjaman semasa. Maka, dalam diam, jumlah pinjaman bertambah akibat ‘kos pentadbiran’ tersebut. Tidak hairanlah jika ada peminjam yang sudah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman terkejut dengan pertambahan baki pinjaman walaupun penangguhan telah diterima oleh perbadanan tersebut. (Aku pun tidak terkecuali jugak.)

Maka, di sini dapat kita lihat persamaan ‘kos pentadbiran’ yang dinyatakan itu. Jika di dalam institusi perbankan, kita sedia maklum apa ‘kos pentadbiran’ itu. Akan tetapi, perbadanan itu menegaskan ‘kos pentadbiran’ yang mereka kenakan adalah untuk menampung kos perkhimatan pengurusan mereka. Di sini boleh dipersoalkan logik dan kewajaran perkara itu. Jika benar ia merupakan kos perkhidmatan, adalah wajar (dan semestinya) kadarnya adalah dalam amaun yang tetap, bukannya berdasarkan baki pinjaman. Nah, di sini dapat kita lihat tiada bezanya ‘kos pentadbiran’ institusi perbankan dangan ‘kos pentadbiran’ perbadanan itu.

Kesimpulannya, institusi perbankan dan perbadanan itu tiada bezanya. Aku percaya, ramai peminjam yang tidak merelakan hasil titik peluh dan perit jerih mereka direnggut begitu sahaja.

p/s : masing-masing dah ada gaji pun masih nak ‘kos pentadbiran’ jugak ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s