Rezeki

Petang tadi, aku singgah di kaunter pandu lalu sebuah restoran makanan segera di pekan semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Seperti biasa, pada setiap hari Selasa, aku memakai pakaian seragam putih kuning pejabat aku (yang sangat memudahkan orang ramai mengenalpasti aku memang kakitangan kepada sebuah jabatan kerajaan). Ketika aku hendak membuat pembayaran, tiba-tiba adik kaunter ni peramah pula.

Adik Kaunter : Jumlahnya ‘sekian-sekian’. (sambil tersenyum)
Aku : Kejap ye. Nak keluarkan duit kejap.
Adik Kaunter : Baru balik kerja bang?
Aku : A’ah. (sambil mencari duit dalam dompet)
Adik Kaunter : Kerja kerajaan best kan?
Aku : Biasa-biasa aje. (sambil menghulur bayaran)
Adik Kaunter : Kerja kerajaan banyak kemudahan… (beliau memulangkan baki bayaran) Terima kasih, datang lagi.

Aku pun berlalu. Sambil menunggu pesanan disiapkan, sempat aku melihat melalui cermin pandang belakang, kelihatan adik kaunter tadi sibuk menguruskan mesin tunainya. Barangkali sudah tiba waktu untuk bertukar giliran kerja dengan rakan setugas. Mungkin beliau telah kepenatan bekerja seharian sehingga beliau menganggap aku sangat bertuah dapat bekerja di jabatan kerajaan.

Orang awam selalu mengatakan kerja kerajaan senang dan menguntungkan. Seperti adik kaunter tadi kata, memang banyak faedah dan kemudahan. Aku pun maklum akan perit jerih pekerja dalam sektor swasta (dalam kes ini pekerja restoran makanan segera). Waktu kerja pun melebihi waktu orang kerja pejabat, kemudahan/faedah yang disediakan pun agak terhad dan lain-lain kerenah dalam sektor berkenaan.

Tapi, bagi aku, dalam mudah, banyak cabarannya. Sebaliknya, dalam banyak cabaran, ada mudahnya. Buat adik kaunter tadi, bersabarlah. Ada mudahnya di kemudian hari nanti.

p/s : Setiap manusia telah ditetapkan rezeki. Teruskan usaha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s