Papan Tanda

Memang menjadi kebiasaan premis perniagaan/perkhidmatan meletakkan papan tanda BUKA/TUTUP/REHAT di pintu premis untuk kemudahan pelanggan.

Nak dijadikan cerita, pada pagi Sabtu semalam, aku bawa isteri dan anak ke sebuah klinik berhampiran kediaman aku. ‘Pintu besi’ yang tolak ke atas tu dah dibuka, dalam klinik pun dah terang, ada orang pula tu. Tapi, papan tanda di pintu masih menunjukkan TUTUP walaupun masa beroperasi yang tertera di pintu klinik berkenaan menunjukkan klinik itu sepatutnya sudah memulakan operasi. Dengan agak ‘susah payah’, aku cuba menjengah pintu kaca itu. Isteri aku pula tanpa ragu-ragu suruh aku buka sahaja pintu klinik itu dan bertanya kepada kaunter pendaftaran di dalam.

Rupanya, kaunter pendaftaran sudah bersiap sedia untuk menerima pendaftaran pesakit. Tiba-tiba, seorang kakitangan klinik itu pergi ke pintu dan membetulkan papan tanda tadi daripada TUTUP kepada BUKA. Selepas pembetulan dilakukan, kakitangan tadi berkata kepada rakan setugasnya:

“Patutla takde orang masuk dari tadi.”

Macam nak tergelak pun ada. Tapi, bila difikirkan balik, kesian pun ada. Beria-ia menunggu untuk memberikan perkhidmatan, tiada yang mengunjung pula. Doktor yang di dalam mungkin bosan menunggu pesakit tak kunjung tiba.

Kesimpulannya, sebelum memulakan tugas, periksa pintu depan dulu. :p

p/s : Buat masa ini, aku mengamalkan dasar ‘pintu tertutup’ apabila di pejabat. eheh…

2 responses to “Papan Tanda

  1. ahaha, lawak betulla cerita aziz ngan kak dewi ni. klinik mane tu? mesti saya tau. kesian diorang tunggu2 xde orang gak. sbb kate ‘TUTUP’. pengajaran nih. bersedia dulu lain kail.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s