Musim Hujan

Untuk permulaan, selamat tahun baru Hijrah 1432 (dah sebulan dah) dan selamat tahun baru. Almaklum, lama sangat tak kemaskini. Kebetulan, kedua-dua tahun baru ini disambut dalam musim hujan.

Seperti kebiasaan, aku menggunakan jalan Banting – Dengkil untuk pergi dan balik kerja. Seperti yang pernah heboh satu Malaysia, di jalan ini terletaknya pelbagai lombong pasir dan kuari tanah. Ketika cuaca panas, debunya, tak perlu nak cerita. Tapi, bila hujan, lagilah haru…

Amacam? Ini rupa bentuk jalan selepas persimpangan sebuah kuari tanah merah. Jalan raya pun dah jadi macam jalan tanah merah juga.

Hasilnya?

Lampu nak suluh jalan pun entah jelas entah tidak (gambar ini diambil pada keesokan hari selepas situasi gambar di atas). Nak basuh sendiri, memang banyak cabaran.

Maka…

Aku minta tolong kedai perkhidmatan cuci kereta untuk basuhkan. Kan nampak lebih berkilat (walaupun belum dibilas).

Jadi, berkenaan isu jalan yang dikotori tanah merah itu, memang sepatutnya perlu tindakan. Sepanjang pengetahuan aku (yang tak seberapa ini), jalan tersebut adalah jalan negeri di bawah seliaan JKR negeri tersebut (dalam kes ini, dah tentu Selangor). JKR negeri boleh mengambil tindakan untuk menyaman pihak yang mengotorkan jalan. Ini kerana ada pekeliling yang jelas (bagi projek-projek di tepi jalan terutamanya) yang mengarahkan kontraktor/pemaju/pihak berkenaan menyediakan fasiliti yang secukupnya untuk memastikan kebersihan jalan seliaan JKR ini terjaga. Ini termasuklah menyediakan kemudahan untuk membilas roda kenderaan yang keluar dari tapak dan lebih ‘ekstrem’, menyediakan tukang sapu dan tukang cuci jalan.

Tapi,  jika tiada aduan, tiada saman. Aku (secara peribadi) pun malas nak mengadu. Asalkan jalan boleh dilalui dan kita dapat sampai ke destinasi dengan selamat pun dah cukup. Jadi, terpulang kepada pihak berkenaan yang mengotorkan jalan tersebut untuk fikir sendiri sama ada tindakan mereka itu memberi manfaat atau menyusahkan orang lain.

wassalam…

p/s : ketika entri ini ditulis, hujan lebat sedang mencurah-curah.
p/s 2 : aku sedang cuba belajar letak watermark pada gambar dalam entri aku.
p/s 3 : mungkin entri2 akan datang banyak datang daripada arkib 2010. almaklum, tak sempat nak kemaskini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s