Boleh Lalu

Pengguna Nikmati Tol Percuma Sempena Pembukaan SKVE Seksyen 2

BANTING, 29 Mei (Bernama) — Pengguna lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE) Seksyen 2, akan menikmati tol percuma selama sebulan sehingga 29 Jun ini sempena pembukaan rasmi laluan itu pada Selasa, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Laluan 12.9 km menghubungkan persimpangan SKVE Saujana Putra dan persimpangan Teluk Panglima Garang itu secara tidak langsung mampu menjadi pemangkin pembangunan di sepanjang koridor lebuh raya iaitu Bandar Saujana Putra, Kebun Baru, Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Jenjarom dan Banting, katanya.

Beliau berkata lebuh raya empat lorong-dua hala dengan kelebaran 3.65 meter bagi setiap lorong itu dibina dengan penekanan aspek kualiti dan ciri keselamatan seperti dilengkapi sistem pemantauan trafik dan pasukan ronda 24 jam sehari.

“Saya yakin dengan kualiti ini serta kemudahan yang ditawarkan, ia mampu menjadi laluan yang selesa dan selamat kepada pengguna lebuh raya,” kata Shaziman dalam ucapan pada majlis perasmian SKVE Seksyen 2 itu di Plaza Tol Teluk Panglima Garang dekat sini. Ucapannya dibacakan Ketua Setiusaha kementerian Datuk Himmat Singh.

Lebuhraya SKVE sepanjang 52km itu mempunyai tiga seksyen iaitu 1A dan 1B, Sekyen 2 dan Sekyen 3 dengan kos RM1.1 bilion.

— BERNAMA

Pada sebelah siang 29 Mei adalah perasmian dan hanya dibuka untuk VIP dan media untuk membuat tinjauan. Laluan hanya dibuka kepada orang awam bermula jam 12.00 tengah malam, 30 Mei. Aku berkesempatan ‘merasmikan’ pembukaan pada tengah malam tadi.

Kira-kira jam 11.50 malam, 29 Mei 2012. Persiapan terakhir sedang dilakukan.

Pejabat Operasi SKVE di plaza tol Telok Panglima Garang bersiap sedia memulakan operasi.

Kira-kira jam 11.59 malam. Lampu hijau sudah menyala. Menunggu saat untuk masuk ke lebuh raya.

Secara keseluruhannya, pembukaan lebuh raya ini banyak menjimatkan masa perjalanan dari Telok Panglima Garang (TPG) dan kawasan sekitarnya ke Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Ini terbukti apabila aku sendiri boleh tiba ke tempat kerja kira-kira 30 minit lebih awal daripada kebiasaan. Setakat ini, laluan antara Saujana Putra dan TPG tidak dikenakan bayaran tol sehinga 29 Jun ini. Andainya anda menggunakan laluan terus dari TPG ke Air Hitam atau sebaliknya, anda masih dikenakan bayaran bagi jarak Saujana Putra – Air Hitam iaitu sebanyak RM1.90.

Bagi kadar tol yang akan dikenakan bermula 30 Jun pula, ada sumber tidak rasmi yang menyatakan kadar yang dijangkakan adalah seperti berikut:

Air Hitam – Saujana Putra atau sebaliknya = RM1.90 (sedia maklum)

Saujana Putra – TPG atau sebaliknya = RM2++

Air Hitam – TPG atau sebaliknya = RM3++

Oleh itu, jumlah tol yang bakal dikenakan dijangka lebih murah daripada kadar yang dikenakan jika anda melalui kombinasi lebuh raya KESAS dan ELITE yang berjumlah RM6.10 sehala. Pilihan jalan lama TPG – Sg Manggis – Olak Lempit – Dengkil masih ada tetapi kesibukan lalu lintas di pagi hari mungkin menganggu kelancaran perjalanan anda.

Untuk ulasan, akan bersambung nanti…

p/s : kurang berpuas hati dengan ejaan nama tempat plaza tol itu…

One response to “Boleh Lalu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s