Libas

Koperal Mustaghni masih kritikal tetapi stabil

KLANG 5 Jun – Koperal Mustaghni Tabri, 48, anggota polis trafik yang koma akibat dirempuh dan dilibas dengan topi keledar oleh dua mat rempit dalam operasi cegah lumba haram di Taman Gembira di sini kelmarin dilaporkan masih kritikal tetapi stabil.

Bagaimanapun, anggota dari cawangan Klang Selatan itu yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini telah mula memberikan tindak balas positif kerana sudah boleh menerima susu yang diberikan melalui tiub saluran makanan.

Menurut anak sulungnya, Mohd. Hafiz Mustaghni, 21, tindak balas yang ditunjukkan itu sangat menggembirakan mereka sekeluarga.

“Ayah masih lagi tidak sedarkan diri dan doktor pakar ada memaklumkan kepada kami sekeluarga bahawa tekanan darah ayah masih lagi tidak stabil kerana pendarahan yang banyak di kepala.

“Doktor juga memberitahu akan menjalankan imbasan di bahagian kepala ayah sekali lagi kerana dikhuatiri terdapat kesan sampingan akibat luka di kepalanya,” katanya ketika ditemui pemberita di HTAR di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi kelmarin, Mustaghni dirempuh dan dilibas oleh dua penunggang motosikal dalam operasi cegah lumba haram di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira di sini.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, koma dan kini dirawat di ICU HTAR.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang, Nasarruddin Mohd. Zin yang turut melawat mangsa berkata, kejadian yang menimpa mangsa itu tidak seharusnya terjadi kerana pihak polis hanya menjalankan tanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.

“Golongan muda sebenarnya perlu menerima hakikat bahawa negara yang aman dan makmur adalah kerana ada undang-undang yang ditetapkan dan mereka perlu mematuhinya.

“Dengan adanya bantuan dan sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami berharap dua suspek itu segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya.

Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran, Datuk Ching Eu Boon dan Ketua Pemuda UMNO Klang, Zainuri Zainal.

– Utusan Malaysia

Cik Mus, semoga cepat sembuh!

p/s : …….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s