Kembali…

Lima Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kematian Koperal

KLANG, 8 Jun (Bernama) — Lima anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota polis trafik berpangkat koperal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata mereka yang ditahan itu terdiri tiga anggota berpangkat koperal, seorang sarjan dan seorang sarjan mejar ditahan awal pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Beliau berkata kelima-lima mereka berumur antara 45 hingga 51 tahun itu berada dalam operasi mencegah lumba haram yang disertai Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini Jumaat akibat kecederaan parah dalam kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati Koperal Mustaghni dicederakan bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang koperal lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut.

“Kita telah menjumpai beberapa objek dan sedang menunggu keputusan laporan forensik untuk menentukan mana satu objek yang menjadi suspek,” kata Tun Hisan dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, Jumaat.

— BERNAMA

Al-Fatihah…

p/s : pulak dah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s