Ronda

Cubaan mencuci sawang.

Hari minggu yang lepas, kami sekeluarga berkesempatan ‘bersiar-siar’ di seksyen terbaru lebuhraya SKVE ke Pulau Indah. Ini adalah antara pemandangan yang sempat dirakam.

image

Jambatan Selat Lumut

image

Atas jambatan.

image

Ada lorong kecemasan untuk kenderaan yang mengalami masalah brek.

image

Susur dari arah Pelabuhan Barat ke jalan hubungan ke SKVE yang sedang dalam pembinaan.

Apapun, amat besar harapan pengguna lebuhraya ini agar masalah yang berlaku di Seksyan 2 tidak berulang di sini memandangkan laluan ini berkebarangkalian besar akan dilanyak oleh lori-lori kontena (itu pun dah ada perasan tanda-tanda terutamanya pada joint jambatan/jejambat).

Ulasan penuh boleh diikuti di laman Blog Jalan Raya Malaysia di pautan ini.

Wayang

Malam tadi (7 Februari), aku telah pergi menonton cerita Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit nun di Bukit Tinggi, Klang. Sebenarnya, aku ternanti-nanti untuk menonton filem ini yang merupakan sekuel kepada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ada wartawan yang telah membuat ulasan berkenaan filem ini di sini. Kredit kepada saudara Mohd Al Qayum Azizi yang menyediakan ulasan tersebut. Antara ulasannya adalah :

Mamat mengambil langkah bijak apabila menggunakan sepenuhnya pelakon-pelakon yang diambil dan memastikan setiap watak menyerlah dalam cara mereka tersendiri.

– OK.

Dari segi lawak jenaka yang ditampilkan, Mamat nyata tidak mengulangi formula lalu yang telah mencipta kejayaan besar buatnya sebaliknya menampilkan komedi baru supaya penonton tidak bosan.

– Pada aku, ada sikit-sikit lawak yang masih dicedok dari Hantu Kak Limah Balik Rumah, tapi sikit sangat. Jangan risau, anda masih mampu terhibur dengan lawak yang diketengahkan.

Jika diteliti dengan baik, ia sebenarnya sarat dengan pelbagai maksud tersirat dan pengajaran menerusi paparan kehidupan bermasyarakat.

– Mungkin aku kena tengok lagi baru dapat teliti satu-persatu mesej-mesejnya. Sekali imbas, ada yang kita dapat tangkap maksudnya. Ada juga yang memerlukan pemerhatian dan mungkin juga sedikit kajian untuk memahami mesej yang tersirat itu.

Dengan memasukkan elemen kisah dongeng dan amalan tahyul di kalangan masyarakat dengan pelbagai peristiwa lucu, Mamat berjaya menghidupkan jalan ceritanya dengan baik selain gelagat penduduk kampung itu.

– Anda perlu tonton dan lihat sendiri apa amalan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, kekurangan pada filem ini mungkin terletak kepada jalan ceritanya yang terlalu meleret sehingga menyebabkan penonton bosan.

– Tak dapat dinafikan, filem ini agak sedikit meleret (bagi aku). Mujur tak berapa sempat nak bosan.

Secara keseluruhannya, Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit kekal membawa penonton terhadap nostalgia bersama dua sirinya yang lalu dan elemen klasik seperti tajuk dan pemilihan lagu dalam filem ini mampu membawa kenangan lalu kepada penonton.

– Rasanya, salah satu lagu klasik itu pernah menjadi isu satu ketika dulu. Aku percaya, babak menggunakan lagu itu merujuk kepada isu yang pernah dibangkitkan itu. Apapun, lagu ‘pelik’ yang dipilih memang akan terngiang-ngiang di telinga anda untuk seketika waktu.

Pendek kata, filem ini memang menyentuh ragam dan mentaliti masyarakat kita melalui mesej-mesej nyata dan tersembunyinya. Yang paling utama, hindarkan amalan meminta-minta sesama makhluk tetapi mintalah kepada Tuhan Yang Satu, Allah S.W.T..  Satu lagi, buat pilihan yang tepat dan usah dikelirukan oleh anasir-anasir asing.

p/s : macam nak tengok lagi…

7 Hari

Kali ni aku nak letakkan lirik lagu Kumpulan Rabbani – 7 Hari. Lirik ini aku telah sunting daripada sumber-sumber yang telah aku cari di enjin carian Google. Hasil daripada carian tersebut, aku menemukan 2 versi lirik yang aku dapati tak tele dengan lagu. Hasilnya, aku buat¬† suntingan ini dan aku rasakan ianya adalah yang paling tele dengan lagu. Sesiapa yang melawat ‘rumah’ ini dan berminat nak share, boleh saja.

7 Hari

Hari ini hari Isnin
Salahkah tempatku salah waktuku
Apakah rahsianya
Seakan Selasa baru menjelma

Pantasnya masa berlalu meninggalkanku
Bagai mimpi
Terumbang ambing seakan dilanda badai
Di dalam jiwa

(Nafas terhenti alam membisu)
(Terhenti tertunggu ditimpa ragu)
Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tiada bedanya

(Pantasnya masa berlalu meninggalkanku)
Bagai mimpi
Terumbang ambing seakan dilanda badai
(Di dalam jiwa)

(Jam di dinding pukul tiga pagi)
Hairan tidak terasa seperti malam hari
(Tak tersedarkah aku mengapa begini)
Butakah kalbuku kelamnya hati ini

Butakah hatiku

Ahad Sena Selaso Rabu Kamih Jumaat Sabtu
Bendo seney bendo mudoh bendo budok jah satu
Tapi pelik bena bakpo gak duk koho laju
Dari hari ko hari dari minggu ko minggu
Bakpo gak? nok gi mano gak?

Tahun baru abad baru nahsio berkato
Apo guno kalu cerito lamo masih di jiwo
Bakpo gak?
(Pantasnya masa berlalu meninggalkanku)
Duk hambat duk kejar ko maso
Sesok dado leloh sokmo sapa ko bilo-bilo

Bagai mimpi
Terumbang ambing seakan dilanda badai
Di dalam jiwa

(Jam di dinding pukul tiga pagi)
Hairan tidak terasa seperti malam hari
(Tak tersedarkah aku mengapa begini)
Butakah kalbuku kelamnya hati ini

nota kaki : dalam kurungan = jadi suara background.

p/s: walaupun hari ini hari Jumaat, lagu ini tetap bermula dengan hari Isnin. hehe…

Lagi-lagi 6 Bulan

Selepas 6 bulan baru kembali lagi.

Apapun, hari ni mesti ramai yang nak buat macam-macam sempena tarikh 121212 (termasuk aku mengada-ngada nak kemaskini ‘rumah’ ni).

Satu lagi, segmen “Jual Ikan” yang lama tertangguh itu mungkin akan ditukar nama kepada “Macam-macam” selari dengan nama semasa ‘rumah’ ini. InsyaAllah ianya juga tidak terbatas kepada ragam pengguna jalan raya bahkan apa yang aku ternampak di sekeliling aku yang sempat aku rakamkan.

Sekian.

p/s : dah tak terkemas kini…