Tarikh

Seperti sedia maklum, tarikh semalam merupakan tarikh yang menarik perhatian ramai dan menjadi pilihan untuk melangsungkan perkahwinan terutamanya. Tidak ketinggalan juga yang melahirkan anak pada tarikh tersebut.

Apapun, bagi aku, tarikh hari ini yang aku paling ingati kerana ianya adalah tarikh ulangtahun perkahwinan aku dan isteri iaitu 11 Oktober 2008 (11.10) bersamaan 11 Syawal 1429 (11.10 jugak!).

Sudah 2 tahun melayari bahtera rumah tangga. Alhamdulillah, ketika ini dikurniakan seorang cahaya mata.

p/s : Terima kasih isteriku! 🙂

Hujan

KUALA LUMPUR 20 Mei – Jabatan Meteorologi menjangka ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang berlarutan sehingga malam ini di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor.

Kawasan yang terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling. Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Klang, Kuala Langat, Sepang, Hulu Langat dan Putrajaya. – Utusan

lebat sungguh hujan petang ni. takpe, redah aje…

p/s : bersyukurlah, hujan air aje. kalo hujan lain?

Pergi tak kembali

baru hari ni nak pos…

semalam, aku dan isteri dikejutkan dengan berita pemergian selama-lamanya rakan sekelas di UTM dahulu iaitu Allahyarham Suhieda Sukiman. Al Fatihah…

beliau pergi bersama-sama bayi 7 bulan di dalam kandungan dan meninggalkan suami serta seorang anak.

laman sosial facebook beliau dipenuhi dengan ucapan takziah.

p/s: bila giliran kita?

Kejutan Besar

Ahad, 31 Mei,

Jam 1430: bertolak dari Felda Kahang Timur.

Jam 1500: singgah di sebuah kedai menjual kerepek yang agak terkenal di kalangan penduduk Kluang.

Jam 1530: isi minyak full tank. ada makanan/minuman yang nak dibeli tapi tak dijual pulak…beli yang lain pun bolehla…

Jam 1545: km 47, jalan Batu Pahat – Mersing. tiba-tiba aku ternampak sebuah perodua kancil muncul di depan aku ketika aku di dalam lorong aku menghala ke Batu Pahat…

Selepas jam 1545:

aku dibawa dengan ambulan ke Hospital Kluang. gambar2 ni semuanya bapak aku yang snap.

31052009284
selepas dirempuh (kereta aku terpusing 180 darjah dan menghadap ke kluang semula)

31052009285
tempat rempuhan berlaku (tanda agak gelap di atas jalan, dalam lorong kanan menghala ke batu pahat – lorong aku). kelihatan juga kereta yang merempuh aku dengan pemandunya yang sudah ditutupi plastik hitam.

31052009287
ketibaan kereta aku di Balai Polis Kluang

31052009289
keadaan kereta yang merempuh aku

31052009294
pandangan kiri kereta aku

1845: selesai membuat laporan polis dan memberi keterangan/kenyataan di Balai Polis Kluang.

bos aku berpesan untuk selesaikan medical, report polis dan insurans. lepas tu baru masuk keje balik.

Alhamdulillah… panjang lagi umur aku…