Musim Hujan

Untuk permulaan, selamat tahun baru Hijrah 1432 (dah sebulan dah) dan selamat tahun baru. Almaklum, lama sangat tak kemaskini. Kebetulan, kedua-dua tahun baru ini disambut dalam musim hujan.

Seperti kebiasaan, aku menggunakan jalan Banting – Dengkil untuk pergi dan balik kerja. Seperti yang pernah heboh satu Malaysia, di jalan ini terletaknya pelbagai lombong pasir dan kuari tanah. Ketika cuaca panas, debunya, tak perlu nak cerita. Tapi, bila hujan, lagilah haru…

Amacam? Ini rupa bentuk jalan selepas persimpangan sebuah kuari tanah merah. Jalan raya pun dah jadi macam jalan tanah merah juga.

Hasilnya?

Lampu nak suluh jalan pun entah jelas entah tidak (gambar ini diambil pada keesokan hari selepas situasi gambar di atas). Nak basuh sendiri, memang banyak cabaran.

Maka…

Aku minta tolong kedai perkhidmatan cuci kereta untuk basuhkan. Kan nampak lebih berkilat (walaupun belum dibilas).

Jadi, berkenaan isu jalan yang dikotori tanah merah itu, memang sepatutnya perlu tindakan. Sepanjang pengetahuan aku (yang tak seberapa ini), jalan tersebut adalah jalan negeri di bawah seliaan JKR negeri tersebut (dalam kes ini, dah tentu Selangor). JKR negeri boleh mengambil tindakan untuk menyaman pihak yang mengotorkan jalan. Ini kerana ada pekeliling yang jelas (bagi projek-projek di tepi jalan terutamanya) yang mengarahkan kontraktor/pemaju/pihak berkenaan menyediakan fasiliti yang secukupnya untuk memastikan kebersihan jalan seliaan JKR ini terjaga. Ini termasuklah menyediakan kemudahan untuk membilas roda kenderaan yang keluar dari tapak dan lebih ‘ekstrem’, menyediakan tukang sapu dan tukang cuci jalan.

Tapi,  jika tiada aduan, tiada saman. Aku (secara peribadi) pun malas nak mengadu. Asalkan jalan boleh dilalui dan kita dapat sampai ke destinasi dengan selamat pun dah cukup. Jadi, terpulang kepada pihak berkenaan yang mengotorkan jalan tersebut untuk fikir sendiri sama ada tindakan mereka itu memberi manfaat atau menyusahkan orang lain.

wassalam…

p/s : ketika entri ini ditulis, hujan lebat sedang mencurah-curah.
p/s 2 : aku sedang cuba belajar letak watermark pada gambar dalam entri aku.
p/s 3 : mungkin entri2 akan datang banyak datang daripada arkib 2010. almaklum, tak sempat nak kemaskini.

Berita

pagi ni, kecoh2 di ofis apabila akhbar hari ini dibaca.

“Empat termasuk bayi maut kemalangan” – Kosmo

“Bayi antara empat maut dua kereta bertembung” – Berita Harian

“Bayi antara empat maut kemalangan” – Utusan Malaysia.

bagi aku, bila dipaparkan gambar kemalangan tersebut, aku teringat semula kejutan besar aku. begitulah rupa kereta kancil selepas menerima impak besar yang mengejut.

kes semalam:

kes aku:

bezanya, kes semalam, si kancil menjadi mangsa. kes aku pula, si kancil menjadi pemangsa.
persamaannya, semua di dalam kancil kembali ke pangkuan Ilahi…

Al-Fatihah…

p/s : fobia tak fobia, kene memandu jugak…

Kejutan Besar

Ahad, 31 Mei,

Jam 1430: bertolak dari Felda Kahang Timur.

Jam 1500: singgah di sebuah kedai menjual kerepek yang agak terkenal di kalangan penduduk Kluang.

Jam 1530: isi minyak full tank. ada makanan/minuman yang nak dibeli tapi tak dijual pulak…beli yang lain pun bolehla…

Jam 1545: km 47, jalan Batu Pahat – Mersing. tiba-tiba aku ternampak sebuah perodua kancil muncul di depan aku ketika aku di dalam lorong aku menghala ke Batu Pahat…

Selepas jam 1545:

aku dibawa dengan ambulan ke Hospital Kluang. gambar2 ni semuanya bapak aku yang snap.

31052009284
selepas dirempuh (kereta aku terpusing 180 darjah dan menghadap ke kluang semula)

31052009285
tempat rempuhan berlaku (tanda agak gelap di atas jalan, dalam lorong kanan menghala ke batu pahat – lorong aku). kelihatan juga kereta yang merempuh aku dengan pemandunya yang sudah ditutupi plastik hitam.

31052009287
ketibaan kereta aku di Balai Polis Kluang

31052009289
keadaan kereta yang merempuh aku

31052009294
pandangan kiri kereta aku

1845: selesai membuat laporan polis dan memberi keterangan/kenyataan di Balai Polis Kluang.

bos aku berpesan untuk selesaikan medical, report polis dan insurans. lepas tu baru masuk keje balik.

Alhamdulillah… panjang lagi umur aku…

Pergi Sabah…

aku singgah2 kat ‘rumah lama’, terjumpa lak log yang aku cipta masa pegi sabah masa zaman blaja dulu…

start——-

20040514
jam 1500++
bertolak dari utm skudai ke lapangan terbang sultan ismail.. ni la 1st time sumur idup aku naik flight.. huhuhu.. lebih kurang jam 1730 berlepas…
jam 1745
sampai kat lapangan terbang kota kinabalu.. terus ke penginapan kolej kediaman milik UMS

20040515
pagi tu ada modul.. ptg pon modul gak tapi modul ni mmg mencabar.. sume peserta dikehendaki memasarkan produk keluaran UTM kat tapak karnival sureheboh tu.. mmg mencabar giler.. time ni la kene tebalkan muke…

20040516
*xingat apa yg berlaku…, yg penting, modul kem mesti jln…*

20040517
modul kem mcm biasa laa… melawat beberapa tempat kat dlm UMS pd sebelah petang

20040518
jam 0830
bertolak ke kinabalu park
jam 1030
sampai kat kinabalu park.. pembahagian tag mendaki dan penerangan daripada guider a.k.a ‘malim gunung’
jam 1145
group aku start mendaki… memula ikut group.. pastu berterabur dah… :p
jam 1745
sampai kat laban rata (tempat untuk bermalam) cepat2 solat jama’ zuhur dan asar sebab masa tu dah nak maghrib dah.. solat kat depan restoran dalam keadaan sejuk giler….
jam 1830
sampai kat rumah penginapan.. solat maghrib+isya’.. pastu tdo…

20040519
jam 0100
bangun dan membuat persiapan terakhir untuk meneruskan pendakian… bertolak jam 0200
jam 0530
sampai kat puncak.. sejuk giler.. solat subuh kat puncak dlm keadaan duduk sambil terketar2 kesejukan…pastu turun semula….
jam 0900
sampai kat rumah penginapan.. aku antara org yg dah nak last smpi sebab bab turun ni, aku mmg slow giler…
jam 1030
bertolak turun ke kaki gunung…
jam 1430
sampai kat kaki gunung.. tunggu group2 lain.. pastu bertolak pulang ke kolej kediaman milik UMS
jam 2000
pi uitm sabah-ada jamuan+majlis penutup kem

20040520
pagi – anto group 1st flight balik.. pastu pi bershopping kat sekitar kota kinabalu…
jam 1800
aku bersama group 2nd flight bertolak ke lapangan terbang kk
jam 2030
berlepas…
jam 2245
selamat sampai kat senai……
balik utm terus zzzzzzz………….

gambar kenangan…

end——-

p/s: alamak! akhirnya aku kelihatan jugak. huhuhu… (masa tu aku xde kamera lagi)

Program Tautan Kasih

pada 9 februari 2008 (2 Safar 1429) lepas, telah dilangsungkan program seperti yang telah dinyatakan pada tajuk. jadik, kepada kengkawan yang nak amik gambar yang aku amik, blehla amik kat sini… (klik gambar dulu. bile dah keluar saiz sebenar, baru save as). ala… xbanyak mane pun…

nak cari mana aku? mane ada… tgk la tajuk web ni pun… (hehehe…)

09022008692.jpg
gambar sesi petang. lepas aku amik tolong amikkan 3-4 kamera. korang sume xperasan kot aku amik gambar yg ni…

09022008693.jpg

09022008702.jpg

09022008703.jpg

09022008705.jpg
scorepaper

09022008706.jpg
ehem2…

tu je gambo yg aku ada (yang sesuai untuk semua orang amik kot)

_____________________________________________________

1 day before (8 februari 2008 = 1 Safar 1429)

08022008688.jpg
our territory

08022008689.jpg
our territory 2

________________________________________________________end