Wayang

Malam tadi (7 Februari), aku telah pergi menonton cerita Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit nun di Bukit Tinggi, Klang. Sebenarnya, aku ternanti-nanti untuk menonton filem ini yang merupakan sekuel kepada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ada wartawan yang telah membuat ulasan berkenaan filem ini di sini. Kredit kepada saudara Mohd Al Qayum Azizi yang menyediakan ulasan tersebut. Antara ulasannya adalah :

Mamat mengambil langkah bijak apabila menggunakan sepenuhnya pelakon-pelakon yang diambil dan memastikan setiap watak menyerlah dalam cara mereka tersendiri.

– OK.

Dari segi lawak jenaka yang ditampilkan, Mamat nyata tidak mengulangi formula lalu yang telah mencipta kejayaan besar buatnya sebaliknya menampilkan komedi baru supaya penonton tidak bosan.

– Pada aku, ada sikit-sikit lawak yang masih dicedok dari Hantu Kak Limah Balik Rumah, tapi sikit sangat. Jangan risau, anda masih mampu terhibur dengan lawak yang diketengahkan.

Jika diteliti dengan baik, ia sebenarnya sarat dengan pelbagai maksud tersirat dan pengajaran menerusi paparan kehidupan bermasyarakat.

– Mungkin aku kena tengok lagi baru dapat teliti satu-persatu mesej-mesejnya. Sekali imbas, ada yang kita dapat tangkap maksudnya. Ada juga yang memerlukan pemerhatian dan mungkin juga sedikit kajian untuk memahami mesej yang tersirat itu.

Dengan memasukkan elemen kisah dongeng dan amalan tahyul di kalangan masyarakat dengan pelbagai peristiwa lucu, Mamat berjaya menghidupkan jalan ceritanya dengan baik selain gelagat penduduk kampung itu.

– Anda perlu tonton dan lihat sendiri apa amalan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, kekurangan pada filem ini mungkin terletak kepada jalan ceritanya yang terlalu meleret sehingga menyebabkan penonton bosan.

– Tak dapat dinafikan, filem ini agak sedikit meleret (bagi aku). Mujur tak berapa sempat nak bosan.

Secara keseluruhannya, Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit kekal membawa penonton terhadap nostalgia bersama dua sirinya yang lalu dan elemen klasik seperti tajuk dan pemilihan lagu dalam filem ini mampu membawa kenangan lalu kepada penonton.

– Rasanya, salah satu lagu klasik itu pernah menjadi isu satu ketika dulu. Aku percaya, babak menggunakan lagu itu merujuk kepada isu yang pernah dibangkitkan itu. Apapun, lagu ‘pelik’ yang dipilih memang akan terngiang-ngiang di telinga anda untuk seketika waktu.

Pendek kata, filem ini memang menyentuh ragam dan mentaliti masyarakat kita melalui mesej-mesej nyata dan tersembunyinya. Yang paling utama, hindarkan amalan meminta-minta sesama makhluk tetapi mintalah kepada Tuhan Yang Satu, Allah S.W.T..  Satu lagi, buat pilihan yang tepat dan usah dikelirukan oleh anasir-anasir asing.

p/s : macam nak tengok lagi…

7 Hari

Kali ni aku nak letakkan lirik lagu Kumpulan Rabbani – 7 Hari. Lirik ini aku telah sunting daripada sumber-sumber yang telah aku cari di enjin carian Google. Hasil daripada carian tersebut, aku menemukan 2 versi lirik yang aku dapati tak tele dengan lagu. Hasilnya, aku buat  suntingan ini dan aku rasakan ianya adalah yang paling tele dengan lagu. Sesiapa yang melawat ‘rumah’ ini dan berminat nak share, boleh saja.

7 Hari

Hari ini hari Isnin
Salahkah tempatku salah waktuku
Apakah rahsianya
Seakan Selasa baru menjelma

Pantasnya masa berlalu meninggalkanku
Bagai mimpi
Terumbang ambing seakan dilanda badai
Di dalam jiwa

(Nafas terhenti alam membisu)
(Terhenti tertunggu ditimpa ragu)
Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tiada bedanya

(Pantasnya masa berlalu meninggalkanku)
Bagai mimpi
Terumbang ambing seakan dilanda badai
(Di dalam jiwa)

(Jam di dinding pukul tiga pagi)
Hairan tidak terasa seperti malam hari
(Tak tersedarkah aku mengapa begini)
Butakah kalbuku kelamnya hati ini

Butakah hatiku

Ahad Sena Selaso Rabu Kamih Jumaat Sabtu
Bendo seney bendo mudoh bendo budok jah satu
Tapi pelik bena bakpo gak duk koho laju
Dari hari ko hari dari minggu ko minggu
Bakpo gak? nok gi mano gak?

Tahun baru abad baru nahsio berkato
Apo guno kalu cerito lamo masih di jiwo
Bakpo gak?
(Pantasnya masa berlalu meninggalkanku)
Duk hambat duk kejar ko maso
Sesok dado leloh sokmo sapa ko bilo-bilo

Bagai mimpi
Terumbang ambing seakan dilanda badai
Di dalam jiwa

(Jam di dinding pukul tiga pagi)
Hairan tidak terasa seperti malam hari
(Tak tersedarkah aku mengapa begini)
Butakah kalbuku kelamnya hati ini

nota kaki : dalam kurungan = jadi suara background.

p/s: walaupun hari ini hari Jumaat, lagu ini tetap bermula dengan hari Isnin. hehe…

Kedai Fotostat

Malam tadi, aku pergi ke kedai fotostat berhampiran rumah aku. Kedai ini memang selalu mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang memerlukan perkhidmatan fotostat, gambar dan binding.

Pelanggan memang agak ramai. Pekerja yang tinggal hanya dua orang dan mereka tak menang tangan hendak melayan pelanggan. Aku pula mahu membinding dokumen sekolah isteri aku. Memandangkan dokumen tersebut masih berdawai kokot (haa… ape itu dawai kokot?), aku membuangnya dengan menggunakan kemudahan yang terdapat kedai tersebut untuk memudahkan kerja binding oleh pekedai itu nanti.

Dengan tak semena-mena, seorang pakcik tanya aku:

Pakcik : Fotostat kaler ada tak?
Aku : Maaf cik. Dia tokey. Cuba tanya dia.

Rupanya, aksi aku membuang dawai kokot itu tadi telah disalah anggap oleh pakcik tersebut. Dia ingatkan aku pekedai juga.

Err…, aku ni ada rupa seorang pekedai ke?

p/s : bagus jugak jika dapat berniaga kan?

Vuvuzela

vuvuzela merupakan satu alat yang mengeluarkan bunyi bising yang kini digunakan secara meluas oleh penonton di stadium yang melangsungkan perlawanan bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan. alat ini pernah menimbulkan kontroversi memandangkan penggunaannya menimbulkan rasa yang tidak selesa bagi telinga para pemain. satu kajian telah dijalankan di mana tahap bunyi bising diukur berdasarkan situasi. walaupun hasil kajian menunjukkan keputusan yang amat mengejutkan, persekutuan bola sepak antarabangsa masih tidak mahu mengharamkan penggunaan alat tersebut.

berikut adalah keputusan ‘kajian’ tersebut:

kesimpulannya, para penonton di rumah yang ingin memasang sistem audio yang mantap semata-mata untuk menikmati perlawanan piala dunia 2010 bolehlah melupakan hasrat anda kerana ianya pasti akan membuatkan telinga anda merana.

sekian.

p/s : sabar aje lah… memang bising pun benda ni.

Demam

Awas! Peringatan ini diberikan oleh World Health Organization (WHO). Berwaspadalah! Sejenis wabak baru akan melanda dunia yang kita diami ini dari utara ke selatan, timur ke barat sehinggalah ke Malaysia tanpa terkecuali.

Secara am, individu yang dijangkiti wabak ini akan mengalami simpton-simpton yang hampir sama iaitu demam diikuti keletihan, sakit tekak, kadang kala hilang suara dan tidak bermaya langsung kerana kesukaran untuk tidur.

Wabak berbahaya ini adakalanya boleh menjangkiti individu yang berhubung rapat dengan pesakit kronik yang diserang virus ini. Namun begitu, wabak ganas ini jarang menyerang mereka yang mempunyai antibody (imunisasi) yang kuat. Sikap berhati-hati amat perlu!

Menurut laporan tidak rasmi WHO, demam akibat wabak ini pernah meragut nyawa manusia. Pengumuman serentak dibuat WHO ini bagi mengingatkan semua Negara di dunia supaya mengambil langkah-langkah pencegahan penularan wabak yang disifatkan bertaraf mega.

WHO mengingatkan demam mega ini akan melanda seluruh dunia secera serentak dan kesannya belum dapat dipastikan. Virus ini merebak melalui ruang udara.

Individu yang pernah dijangkiti demam ini biasanya akan lebih mudah dijangkiti semula virus berbahaya ini. WHO mengingatkan individu yang biasa diserang virus demam ini supaya membuat persediaan lebih awal bagi menangani wabak.

Peringatan WHO pula, bagi mereka yang tidak pernah dijangkiti demam ini, anda dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan dijangkiti. Wanita tidak terkecuali. Penularan wabak ini setakat ini belum ada penawar yang betul-betul berkesan membasminya.

Vaksin lama nyata gagal berfungsi akibat sudah imun dengan virus berkenaan. Kesan sampingan demam ini pula akan meningkat dari sehari ke sehari sehinggalah sampai ke tahap kronik.

Kemuncaknya, menyebabkan pembawa virus ini hamper-hampir lumpuh, tidak dapat bergerak bebas. WHO mendapati, mangsa virus ini kadangkala terjelopok, terkedang sehari-harian tanpa dapat dibantu.

Pada tahap kritikal ini, individu yang mempunyai pengalaman di serang wabak, akan mendapati purata suhu demam akan menurun dengan kadar serta merta dan beransur-ansur pulih selepas melepasi puncak wabak.

WHO bagaimanapun memberi amaran keras kepada mereka yang baru pertama kali dijangkiti demam ini, terutamanya yang mempunyai masalah jantung.

Virus ini secara alaminya memaksa jantung pesakit bekerja dengan lebih kuat. Sekiranya tidak berhati-hati, jantung pesakit demam ini akan terhenti serta-merta.

Kementerian Kesihatan telah memberi peringatan kepada hospital-hospital kerajaan dan swasta yang menguruskan pusat rawatan wabak ini supaya bersedia menerima limpahan pesakit.

Menurut laporan WHO, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjwab mengambil kesempatan mengaut keuntungan segera di tengah-tengah situasi wabak baru melanda dunia sekarang.

Sentiasalah mengambil sikap selalu berjaga-jaga kerana wabak ini boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, status dan jantina.

Secara saintifiknya, wabak ini mempunyai nama tersendiri mengikut negara yang memulakan virus ini. Bermacam-macam nama diberikan, tetapi di Malaysia demam ini dikenali sebagai……

…….Demam bola sepak Piala Dunia.

Untuk makluman pembaca, demam kali ini bermula di Afrika Selatan. Setiap hari media massa di seluruh dunia termasuk swasta dan kerajaan memaparkan bilangan hari yang dinanti-nantikan sebilangan peminat fanatic bola sepak ini.

RTM 1 dan 2 tidak terkecuali turut turun gelanggang bagi membolehkan peminat yang tidak berkemampuan melanggan saluran Supersport ASTRO.

Kesan demam bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika kali ini belum dipastikan. Berapa ramai yang akan bersekang mata sampai ke pagi, ponteng kerja, MC dan EL tidak dapat diramalkan.

Secara ringkasnya, rakan karib anda yang demam bola sepak akan mengajak bersama-sama menonton di restoran-restoran mamak yang beroperasi 24 jam dengam menyediakan skrin gergasi bagi menarik pelanggan.

Sekiranya anda tidak berminat dengan bola sepak, syabas diucapkan kerana termasuk senarai mereka yang memiliki imunisai yang kuat. 

—Disalin dari Majalah Mastika Edisi Jun 2010

p/s : ramai la yang demam nampaknya…