Lepas raya

hari ni dah 20 syawal. sekejap aje masa berlalu (maknanya lama aku tak kemaskini sini).

pelbagai jamuan raya : sudah
pelbagai jemputan rumah terbuka : sudah (berlalu. banyak tak sempat pergi)
berjalan raya : banyak tak terjalan
mula bekerja semula : sudahh…

dan, kepala aku hari ni pening-pening memikirkan hal kerja. banyak kerja yang terbengkalai atau sukar diselesaikan lantaran pelbagai ragam makhluk bergelar manusia dan juga kecanggihan teknologi masa kini yang akhirnya menyusahkan kita semula (yang kene kerjakan benda-benda tersebut). manusia juga, seperti biasa, hanya tahu mengomel tanpa ambil tahu susah payah orang yang memastikan semuanya berjalan lancar (ape aku mengarut ni… takpe, rujuk lagu raya pada tajuk ‘Raya’).

kepenatan… bagaimana mahu pergi lebih jauh?

p/s : tak lama dah… (mudah-mudahan)

Sangkut

“maaf encik, sistem jabatan X sangkut lagi. kami tak dapat nak key in daftar kereta encik.”

itulah jawapan yang aku daripada wakil penjual kereta terima sejak minggu lepas. sabar ajela…

ops… sebenarnya, aku dalam proses membeli kenderaan baru memandangkan kenderaan aku yang terdahulu telahpun ditimpa ujian (sila rujuk artikel ‘Kejutan Besar’). dan kali ni, aku ditimpa ujian lagi… kenderaan yang dibeli belum dapat didaftar lagi.

sabar… buat masa ni, pinjam kereta adik ipar aku dulu… huhu.

sabar sebahagian daripada iman.

wassalam…

Pencurik!

26 Muharam 1429H (4 Februari 2008), jam 5.20 petang

Masa untuk balik rumah… (haha). tiba2, aku tergerak nak belek2 kenderaan aku. belek2 tayar… ehh? mane pegi nat penutup tiub? (tertanggal kot…) tgk tayar belakang. aik? xde jugak… tengok sebelah sana. aikk???!! xde jugak? tengok kenderaan sebelah. hah?!! xde jugak… lahanat tul… besi sekecik tu pun jadik dirembat (kat tempat parking kat tempat keje aku tp kat luar kawasan guard). ape, guard tu tido ka? (hangin gile)

dan, malam tu jugak, lebih kurang jam 10, aku dengan selambanya terbongkok2 kat kedai moto cari ‘mende alah’ nak buat ganti yang dah hilang tu…

__________________________________________________________

(teringat zaman belajar dulu, hilang helmet)

satu hari dalam tahun 2003 masihi… lepas kelas ape ntah…

masa untuk balik… sampai kat moto, tetiba aku termenung… belek2 moto aku… (apa yang kurang?) “HELMET AKU!!!”. (lahanat tul) maka dengan itu, aku dengan selambanya balik ke kolej dengan xpakai helmet (mujur x jumpa pak guard… kalo x, melayang duit kene saman. huhu…) dah kene beli helmet baru… (lepas tu, helmet baru tu pun kene kebas jugak masa aku pi cc kat taman u, skudai. siut btul…). sampai helmet ke-3, alhamdulillah, nila helmet yg aku dapat ‘selamatkan’ lagi sampai sekarang…

________________________________

agaknye la kan, ape agaknye perasaan pencurik tu? gembira? suka dengan ‘kerjaya’ tu? xpe2…. “lain padang, lain belalang. lain hari, jumpe kat ‘padang'”