Berehat

Assalamualaikum…

Untuk makluman, aku akan berehat untuk beberapa ketika disebabkan ‘kejutan besar’ yang telah aku terima pada jam 1545 semalam.

Tolong doakan kesejahteraan dan kesihatan aku dan keluarga aku. Dalam post akan datang, insyaAllah aku ceritakan apa ‘kejutan besar’ yang telah aku terima.

Sekian, wassalam…

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali…

pagi ni, aku dikejutkan dengan sms daripada kawan sekuliah aku kat UTM dulu memberitahu, PM Tarmidi Tamsir telah kembali ke rahmatullah subuh tadi. bagai terkejut seketika dengar berita tu… aku xsempat lagi nak jumpa pensyarah itu sejak aku tamat pengajian…

sebenarnya, PM Tarmidi ini merupakan penasihat akademik aku sepanjang 5 tahun pengajian di UTM. Allahyarham juga merupakan penyelia latihan praktikal aku dan jugak penyelia projek tahun akhir aku.

Allahyarham pernah memberitahu, ketika aku baru memulakan pengajian di UTM, beliau juga baru pulih dari sakit.  sepanjang pengajian, jika berkesempatan berjumpa (esp untuk final year project), pasti ada sahaja ceritanya… pernah juga allahyarham memberitahu keadaan kesihatannya yang kadangkala kurang baik pada ketika itu. walaupun kesihatannya kadang kala terganggu, beliau masih memperlihatkan wajahnya yang sentiasa ceria…

apapun, tak tau apa nak dikata lagi…

al-Fatihah…

UPDATE

AL FATIHAH…PROF. MADYA TARMIDI BIN TAMSIR, PENSYARAH FAKULTI KEJ. ELEKTRIK, KEMBALI KE RAHMATULLAH

Seluruh warga SPACE UTM mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Prof. Madya Tarmidi bin Tamsir, Pensyarah, di Fakulti Kej. Elektrik, UTM Skudai. Pihak SPACE dimaklumkan Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.40 pagi (2hb Sept. 08) di kediamannya.Marilah kita bersama-sama mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh.

Amin..  

sumber : Pengumuman SPACE UTM

 

kisah daripada rakan Allahyarham…

Lintasan Waktu

Insiden di petang hari

semalam petang aku beriadah di padang di perjiranan sebelah tempat aku tinggal di shah alam ini. sedang aku beriadah, tiba-tiba aku terperasan seseorang berlari tanpa memakai baju dan kasut. sejurus selepas itu, tiba-tiba terdengar orang menjert “woi!!! pencurik!!!”. serentak itu, semua yang sedang beriadah berhenti seketika untuk melihat apa yang berlaku selanjutnya. selepas itu, semuanya kembali beriadah.

tidak berapa lama selepas itu, suasana kecoh lagi. suspek tadi telah berjaya ditangkap dan dibawa ke padang tempat aku beriadah ni. suasana menjadi agak tegang memandangkan ada pihak yang ‘lebih sudu daripada kuah’ sehingga terpaksa ditenangkan.


selepas suasana sedikit tenang, suspek dibawa ke ruang yang lebih luas sementara menunggu ketibaan pihak polis.


suspek dibawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut…

sekian adanya kisah petang aku semalam…

Proton Technology Day

semalam, aku ‘bersiar-siar’ di kilang proton. peluang yang jarang2 ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk tengok camne kereta proton dibuat/dicipta.


kereta proton ke-3000000


clay model saiz sebenar yang sedang dibentuk dengan mesin.


neo-arena???


makmal ‘crash test’


test pintu


proton ngv???


saga-arena???


sejuknye tempat ni… baru 5 darjah celcius. kata staff department tu, biasa set 20 darjah celcius bawah takat beku (gile sejukkk!!!). (kalo x salah, ni bahagian emission)


terserempak dengan MD proton (yang baju putih tu)


test track proton (yuuhuu!!!)

sebelum balik, aku singgah balik ke tempat yang ada rangka proton mpv:


mpv yang ditunggu2…

sekian adanya lawatan aku…

p/s: aku cabut gigi hari ni… huhuhu…

Malang yang tak berbau…

semalam, aku jalan2 pi melaka untuk menjenguk adik aku. dalam perjalanan balik semula ke lembah klang, aku terjumpa kemalangan (maut)… tempat kejadian ni berlaku kira2 selepas hentian rehat pedas-linggi (arah utara).


perodua kembara yang terlibat. pemandu yang maut sedang dikeluarkan. penumpang2 lain dah dibawa ke hospital (mane ntah), kata salah seorang ‘saksi’.


jenazah pemandu baru aje diletakkan di atas pengusung. para audien di situ telah membantu meng’censored’kan gambar ini kerana tidak sesuai untuk tontonan umum. pemandu itu mengalami keceraan parah di muka (kepala?), kiri dada dan tangan kiri.


sebenarnya, perodua kembara tersebut telah merempuh belakang lori ini. sebahagian depan perodua kembara itu terperosok bawah lori ni sebelum terpelanting (kata ‘saksi’). dipercayai pemandu perodua kembara tersebut memandu terlalu laju dan mengantuk sehingga merempuh lori ini yang sedang bergerak perlahan ketika masa kejadian.

apepun, al-Fatihah… (pemandu yang maut itu beragama Islam…)

update:
sumber dari Berita Harian

ANGGOTA bomba dan polis mengeluarkan mayat Mohd Azrin Mohd Ramlan pemandu pacuan empat roda yang tersepit selepas kenderaannya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 231.9 di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Pedas, Rembau, semalam. Mohd Azrin dari Padang Jawa, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu.